Saturday, July 30, 2011

Ramadhan datang lagi...






Kelebihan Bulan Ramadhan


Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul r telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya :

1. Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran :

Allah berfirman :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْه ﴾ ﴿

Maksudnya : ” Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai

petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan

batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah

dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah : 185]

2. Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr :

Allah berfirman :

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴾ ﴿

Maksudnya : ” Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan ” [Al-Qadr : 1-3]

3. Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka

Nabi r bersabda :

[ إذا جاء رمضان ؛ فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النيران، وصفدت الشياطين ]

Maksudnya : ” Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan ” [HR Al-Bukhari : 3277, Muslim : 1079]

C. KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

1. Puasa di Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa :

Nabi r bersabda :

[ من صام رمضان إيمانا و احتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه ]

Maksudnya : ” Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan

mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu ” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]

2. Puasa di Ramadhan menjanjikan syurga :

Nabi r bersabda :

[ من آمن بالله وبرسوله وأقام الصلاة وصام رمضان كان حقا على الله أن يدخله الجنة ]

Maksudnya : ” Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan

berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syuga “

[HR Al-Bukhari : 2637]


rujuk dari sini

shopping raya





yieha...ini la yg aku & mr hubby setiap kali menjelang ramadhan(dan aku yakin org lain pn sama)
iaitu masa sogo buat member's day...
sbb bgi org yg xberapa mampu mcm aku,mase itu la kami shopping raya...
& bestnye kali ni,kami tekad nk habiskan kupon kami sbyk RM2150 itu...

smlm,aku & mr hubby ambik cuti...
sekali sekala,lagipn bru 2x ambik cuti thn ni...
tp kami decide xnk bwk danish sbb nnti mesti crowded sgt(mmg sprti yg dijangka)
kami htr danish ke rumah neneknya...

kami btolak dri raub kul 7pg,kul 10 bru smpai sogo..
pheww,sgt2 jem..
mr hubby decide parking kt maju junction...

bile dh smpai sogo..huh,org sgt2 ramai ok...
kami terus menuju ke floor kanak2..mmg sah2 kalau smpai mase tu,mmg xkn nmpak brg..akan nmpak kepala org je huhu..


kami stay kt sana smpai kul 3ptg...
ini list brg2 yg tlh di shopping dgn kupon hihi:

Brg Danish :
1) baju tidur danish-3
2) botol susu avent
3) puting susu avent
4) patung ultraman
5) pinggan & sudu toy story
6) stoking
(nasib baik baju2 raya dh setel bli awal)

Brg mummy:
1) hbag carlo rino-2
2) jeans
3) tshirt
4) blouse-2
5) bra-2
6) cadar-2

Brg daddy :
1) jeans levis
2) seluar slack
3) kemeja - 2
4) tshirt
5) stoking

Barang utk family:
1) hbag utk mama
2) sandal utk ibu mertua
3) tshirt utk abah
4)tshirt utk adik -2

byk kan?huhu..
tp semua tu kami bli guna kupon..rezeki btl kan?..
tp aku still x puas hati sbb byk lg brg yg aku dh list tp x smpat nk bli
aku pening kepala sgt2,dgn org yg ramai lg..
sib baik xbwk danish







di pintu masuk sblm jam 9pg



floor kanak2 yg paling crowded

Wednesday, July 27, 2011

danish di strobistkan....

Danish kene strobist?
ape itu strobist?
aku pn xtau...ini istilah org2 fotographer...
di bwh ni hasil2 tangkapan mr hubby setelah dpt belajar bende yg baru iaitu strobist...
layan je gmbar2 di bwh ek





















sian danish...
menangis sbb xselesa dgn paparazzi hihi


& ini pic of the day...
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
ala2 model gitu kan..dgn bulu mata lentik lg hihi

Thursday, July 21, 2011

emosi kah aku?

emosi sgt kah aku bile aku mudah menangis?
bab kate mr hubby ni,aku cengeng...

tp sbnarnye,itulah cara aku mgilangkan rasa marah..
aku bkn nye org yg suke pergi face n 2 face & bgaduh...
hanya air mata yg jadi penawarnya...

dan hari ni...
aku menangis lagi..dek kerana seorg yang rasa die sgt cemerlang...
mrh aku utk jg prestasinye...
padahal bos2 yg bsr2 lg tu x prnh marah mcm tu...
time mtk tolong,aku gak yg ko suruh...
ada ubi ada batas...tqvm

Wednesday, July 20, 2011

dinner hari ni
spaghetti with sos carbonara...

Tuesday, July 19, 2011

selepas isyak td,mr hubby ajak aku menonton filem sekali lagi
cite tu x la best sgt tp not bad..
sbb simple n yg penting aku suke dgn pelakon2 utama dlm cite tu...
lisa,sam & adik mia..
sgt2 geram dgn mia sbb sgt2 comel..
ye,sy sgt2 sukakan bdk pompuan yg comel..(apakah tandanya?) hahaha







Monday, July 18, 2011

monday yg lazy


tgk tajuk dh tau betapa mlsnya aku hri ni...
biasala hri isnin...
tp nasib baik la form 3 exam hri ni,blh gak jg stamina..
klu idak,bsungguh2 duk ngajar sorg2 kt depan kls...



hri ni lak mr hubby suh wat spaghetti..
aku pn main hentam je guna ape je bhn yg ada kt umah..
klu dh dtg mood rajin,rajinla aku haha

harap2 mood aku baik utk masak bulan puasa nnti hihi



spaghetti with meatball n cheese



Sunday, July 17, 2011

projek hari ni


hri ni xtaulah nape tetibe dtg mood rajin aku dtg...
aku sms mr hubby yg aku nk buat kek coklat...
die suh tggu die blk,bru kuo cari brg...

aduss,nk cri serbuk koko,hbs 1 raub aku pusing...last2 kt kedai biasa bru jupe..haha

blk je,terus semangat aku nk buat kek ni..

Alhamdulillah,better diri yg dulu...



tadaaaa
ini lah hasilnya...



bhgn hiasan kt topping tu mmg outla hihi

Saturday, July 16, 2011

Kemuliaan & Keberkatan Malam Nisfu Sya'aban

Sya’ban telah menghampiri kita, bulan dengan
segala keistimewaan dan peristiwa mulia di dalamnya. Tak terkecuali
dengan terdapatnya satu malam yang mulia dan penuh keberkahan yaitu
malam pertengahan bulan (nishfu sya’ban). Pada malam ini Allah SWT
menampakkan dan mencurahkan rahmat dan ampunan kepada hambaNya.
Barangsiapa berdo’a maka do’anya diijabah, barangsiapa meminta agar
dihilangkan kesusahannya maka akan dipenuhi permintaan itu dan pada
malam ini pula Allah mencatat rizqi-rizqi serta amal-amal hamba.

Malam Nishfu Sya’ban adalah malam yang mempunyai banyak fadhilah atau
keutamaan. Dalam kitab Zubdah Al-Wa`izhin terdapat hadits yang
diriwayatkan dari Abi Nashr bin Said, dari Nabi SAW, beliau bersabda,
“Tatkala datang malam ketiga belas bulan Sya`ban, pernah datang kepadaku
Malaikat Jibril seraya berkata, `Wahai Muhammad, bangunlah engkau,
karena sesungguhnya telah datang waktu bertahajjud, supaya engkau dapat
memohon kepada Allah atas keselamatan umatmu” Maka Nabi pun melakukan
itu.

Lalu datang pula Malaikat Jibril ketika fajar subuh bersinar, seraya
berkata, “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah Ta’ala telah memberikan
kepadamu sepertiga dari umatmu”. (yakni agar beliau dapat memberikan
syafaat kepada mereka)

Maka menangislah Nabi SAW sambil mengatakan, “Wahai Jibril, beritakanlah kepadaku tentang umatku yang dua pertiga lagi.”

Jibril menjawab, “Aku tidak tahu.”

Lalu datang lagi Jibril pada malam yang kedua (yaitu malam yang keempat
belas Sya`ban) seraya berkata, “Wahai Muhammad, bangunlah engkau dan
bertahajjudlah.”

Maka Nabi SAW pun melakukan itu.

Lalu datang lagi Malaikat Jibril pada waktu fajar, seraya berkata,
“‘Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah telah memberikan kepadamu akan dua
pertiga umatmu.”

Maka Nabi pun menangis seraya berkata, “Wahai Jibril, beritakanlah kepadaku tentang sisa umatku yang lainnya.”

Jibril menyahut, “Aku tidak tahu.”

Kemudian datang lagi Jibril pada malam Bara’ah (malam kelepasan,
pembebasan dari belenggu kesulitan, yaitu malam kelima belas Sya’ban),
seraya berkata, “Kabar gembira untukmu, wahai Muhammad. Sesungguhnya
Allah telah memberikan untukmu seluruh umatmu yang tidak menyekutukan
Allah dengan sesuatu.”

Malam Nishfu Sya`ban adalah malam kelepasan. Pada malam itu umat Nabi
Muhammad SAW sangat patut bersyukur dengan melakukan berbagai ibadah
yang diridhai. Terdapat banyak keterangan mengenai keutamaan malam
Nishfu Sya`ban dan fadhilah menghidupkannya.

Telah diriwayatkan dalam beberapa hadits tentang kemuliaan malam ini,
diantaranya hadits yang diriwayatkan oleh Al Imam Ath Thabaraniy dan
Ibnu Hibban dari sahabat Mu’adz bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda (yang
artinya):

“Allah SWT memandang kepada seluruh makhlukNya pada malam nishfu sya’ban
dan memberikan ampunan kepada seluruh makhlukNya kecuali orang yang
musyrik dan musyaahin”

Musyaahin adalah orang yang menyalakan api permusuhan dan merusak antara dua orang yang saling kasih.

Juga diriwayatkan oleh Al Imam Al Baihaqiy dari As Sayyidah ‘Aisyah ra, Rasulullah SAW bersabda (yang artinya):

“Telah datang Jibril kepadaku seraya berkata: malam ini adalah nishfu
sya’ban dan pada malam ini Allah SWT membebaskan dari neraka manusia
sebanyak bulu kambing bani kalb, pada malam ini Allah tidak melihat
dengan pandangan rahmat kepada musyrik, musyaahin, pemutus silaturrahim,
orang yang durhaka kepada orang tuanya dan peminum khamr”.

Dalam redaksi yang lain Al Imam Al Baihaqiy meriwayatkan hadits dari
Utsman bin Abil ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda (yang artinya):

“Jika tiba malam nishfu sya’ban terdengar seruan yang berkata: siapakah
yang hendak meminta ampun (pada malam ini) maka Aku akan ampuni,
siapakah yang meminta sesuatu maka Aku akan berikan, tidak seorangpun
yang memohon kepadaKu kecuali pasti Aku kabulkan hajatnya kecuali pezina
dan musyrik”.

Pada bagian lain Al Imam Al Baihaqiy juga meriwayatkan dari Al ‘Alaa’ bin Harits, bahwasannnya As Sayyidah ‘Aisyah berkata:

“suatu malam Rasulullah sholat lalu beliau memanjangkan sujudnya
sehingga aku menyangka bahwa beliau telah meninggal, manakala aku
menyaksikan itu aku bangkit lalu aku gerakkan ibu jari beliau, dan
jari-jari beliau bergerak. Maka aku kembali ke tempatku.

Setelah beliau mengangkat kepalanya dari sujud dan menyelesaikan
sholatnya beliau bersabda: “Wahai ‘Aisyah tahukah kamu malam apakah
ini?”, aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Beliau SAW
melanjutkan: “Malam ini adalah malam nishfu sya’ban, sesungguhnya Allah
SWT pada malam nishfu sya’ban melihat dengan pandangan rahmat kepada
hambaNya, maka Dia memberikan ampunan kepada yang meminta ampunan dan
merahmati kepada yang memminta rahmat dan Dia membiarkan orang yang iri

dengki (tidak mendapat bagian dari rahmat itu)”.

info dari SINI

Fadhilat Nisfu Sya'aban

-Membaca Surah Yasian 3 kali pada malam harinya
-Qiamullail
-Berpuasa pada siang harinya



yang kami tunggu2...


yeay,akhirnye dpt tahu jgk bila member's day utk kl sogo...
bju2 raya danish dh setel..
skrg time shopping mummy & daddy punye...
yg penting,gune coupon sogo ~lalalalal~

aku & mr hubby nk ambil cuti 29hb tu..
kiteorg xnk bawa danish ikut sama.just tinggal die kt umah nenek...
kalau x bawa danish,cepat sikit nk beli brg...lgpun org mesti ramai n crowded giler huhu

list brg mummy :
kasut raya
hbag raya
baju raya

yippie,x sabar...


Friday, July 15, 2011

Smile For The Camera, Dad


uish,byk gak entry yg bersawang ni...

ok,nk story sikit...KL sogo ada buat contest sempena Father's Day..kene htr gmbr ayah & anak tgh senyum..aku rasa nk cuba la,mane tau kot2 nasib aku baik..
aku selongkar koleksi gmbr2 danish & daddy...then after setel isi borg,aku email borang dgn gmbr tu sekali..
nk dijadikan cerita,masa minggu last cuti 2minggu tu,KL Sogo call mr hubby(sbb aku bg no phone dia hihi)..btau yg kami menang 1st prize...wow,of coursela kiteorg tkejut sbb x sangka dpt..ALhamdulillah,rezeki danish...

kami kene g sogo pd 12hb jun utk sesi pyampaian hadiah..adus,mmg rasa sgt2 bangga...
the prize are perfume Versace for men & 300,000 points..means bile aku tkr kpd rebate cupon,aku akn dpt coupon bernilai RM3k...huhu,rezeki dtg bergolek,Alhamdulillah sekali lg..bolehla kiteorg buat shopping raya guna coupon tu hihi...


itulah gmbar yg bawa tuah...suke btl mr hubby hihi




sesi penyampaian hadiah..see,300,000 points....

semua pemenang contest Smile For The Camera,Dad


mummy pun tmpang happy, x sia-sia jadi pelanggan setia SOGO....


p/s : Mr Hubby,u ambil la perfume tu..kira itu as present for father's day..coupon tu semua i ambik ok?hihi,plsss

berdua....

3 hari ni, mummy & danish berkurung di dalam umah sbb daddy pergi camping...
boring ok duk raub ni time weeknd...
ape lg kalau xkuar umah...hmmm

Wednesday, July 13, 2011

kursus







Alhamdulillah...
hri ni dh setel kursus kejurulatihan badminton
sempena pelancaran 1 murid 1 sukan...

menyeronokkan jugak..
sbb at least aku tau serba sedikit asas utk mgajar students aku nnti...
aku belajar camne cara nk pgg raket yg betul,cara nk serve dgn btl..

dan hasilnye,aku dh rasa sakit 1 badan...
nk duduk n bgn,nk trun tangga,mmg sakit..
mybe terkejut sbb x prnh exercise kn,tibe2 je main..

ape2 pn,aku akn cuba ajar students aku wpun aku sndiri x reti hihi

Monday, July 11, 2011

danish di Floria



pagi semalam,kami sekeluarga pergi ke putrajaya..
sbbnya nak jupe mama yg kebetulan adekat umah adik aku kt sana..
sempatla singgah di Floria...
danish suke sgt2...maybe sbb tgk bunga2 yg colourful...





what's that mummy?


tak nak bg mummy dukung huhu tp mummy maintain je posing

Sunday, July 10, 2011

i'm back...



hri ni aku rasa btl2 free utk update blog aku ni...
serious,mmg sgt busy skrg...
1bln lg trial PMR, tp kls 3p aku x hbskan silibus math 4 bab lg
kesian sgt2 kt diaorg,tp apakan dayaku..
rasa sgt2 semput dgn tugasan yg banyak...
hri tu aku byk kali mc sbb tpotong jari...
then aku kuar 15 hri utk badminton...
sorry my students,i'll try my best to make sure our silibus can finish before ur trial exam...

skrg jgk aku dh semakin kalut nk siapkan majalah sekolah utk thn ni...
semua pelajar yg buat,tp aku still kene monitor keje dieorg...
next week bru aku nk check,hrp2 ada progress...

gmbar2 utk laman web sekolah pn aku blm submit lg... bilalah aku nk luangkn masa utk ambil gmbr bangunan2 sekolah dan kemudahan2 nya...


Ya Allah,bagi aku kekuatan utk siapkan semua keje2 aku pada waktu yg ditetapkan...
Aminnn

Friday, July 8, 2011

saya bkecil hati


wahai sahabat,kenapa?
tolonglah professional...
itu tanggungjawab kita bersama...
x kn semuanya nk galaskan di bahuku seorg...
aku juga byk keje utk disetelkan...
tp kenapa?
alasan : x minat...
relevankah alasan itu?
sblm ni aku hormati ko krn ko lbh tua dari aku...
tp skrg,rasa itu sdh pudar...

kenapa?
aku juga ada perasaan...
dan aku sudah berkecil hati...





Sunday, July 3, 2011

cuci mata


aku tgh brangan2 nk aim hbag coach utk hari raya nnti..
skrg tgh usha2 dulu mane yg lawa...
aku byk tgk blog2 yg juam authentic coach ni..
harap2 impian aku tkabul..
kire ni wishlist utk thn ni la ;-p




yg mana 1 lawa ek?
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I

ini?
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I


ini?

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I

inikah?


I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I


atau ini?



ataupun kesemuanya sekali?hihi

Saturday, July 2, 2011

1 murid 1 sukan




hri ni adalah Larian serentak 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia di semua sekolah di Malaysia...
semua pelajar,guru & ibubapa diminta utk melibatkan diri...

PUTRAJAYA – Kira-kira tiga juta pelajar dan guru sekolah bakal menyertai satu pertandingan larian yang akan dilakukan secara serentak diseluruh negara pada 2 Julai ini bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan.

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan peljar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia diharap mencipta rekod The Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam acara larian.

“Larian akan bermula pada masa yang sama di sekolah atau lokasi yang ditetapkan Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai larian peringkat kebangsaan di Taiping,” katanya di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, maklumat lanjut mengenai larian tersebut boleh diperoleh melalui laman web http://moe.gov.my/bsukan.

Sehubungan itu, katanya, pihak sekolah diminta menghantar borang penyertaan murid kepada Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran sebelum 23 Jun ini melalui e-mel.


dan aku pada hri ini ditugaskan menjadi phographer haha...xde keje lain ke?

so,aku terselamat dari berlari...

selain dr larian,pertandingan bola sepak,bola jaring & bola keranjang jg telah dibuat...


tgk,yg di bwh tu pengetua baru kami...En. Lee Ah Wong...

sporting kan?