Saturday, July 2, 2011

1 murid 1 sukan




hri ni adalah Larian serentak 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia di semua sekolah di Malaysia...
semua pelajar,guru & ibubapa diminta utk melibatkan diri...

PUTRAJAYA – Kira-kira tiga juta pelajar dan guru sekolah bakal menyertai satu pertandingan larian yang akan dilakukan secara serentak diseluruh negara pada 2 Julai ini bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan.

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan peljar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia diharap mencipta rekod The Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam acara larian.

“Larian akan bermula pada masa yang sama di sekolah atau lokasi yang ditetapkan Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai larian peringkat kebangsaan di Taiping,” katanya di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, maklumat lanjut mengenai larian tersebut boleh diperoleh melalui laman web http://moe.gov.my/bsukan.

Sehubungan itu, katanya, pihak sekolah diminta menghantar borang penyertaan murid kepada Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran sebelum 23 Jun ini melalui e-mel.


dan aku pada hri ini ditugaskan menjadi phographer haha...xde keje lain ke?

so,aku terselamat dari berlari...

selain dr larian,pertandingan bola sepak,bola jaring & bola keranjang jg telah dibuat...


tgk,yg di bwh tu pengetua baru kami...En. Lee Ah Wong...

sporting kan?